KETIKA kumpulan pemberontak semakin mengukuhkan kedudukan menguasai Libya sambil terus memburu lelaki yang memerintah negara itu selama 42 tahun, persoalan bagaimana proses perundangan ke atas Muammar Gaddafi masih kekal kabur - sekabur ruang kosong yang ditinggalkannya sebaik saja dia berundur.
Ketika ini Gaddafi dipercayai masih berada di Libya dan mungkin bersembunyi di satu daripada kawasan padang pasir atau pesisir pantai negara itu yang masih dikuasai penyokongnya. Bagaimanapun, di mana saja Gaddafi bakal ditemui nanti, ada peruntukan perundangan mencukupi untuk dihadapinya.
Sejak pemberontak memasuki Tripoli dan mendapati Gaddafi semakin tersepit, beberapa pemimpin kanan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) menegaskan, kerajaan yang dibentuk nanti boleh dan akan membicarakannya atas kesalahan jenayah kemanusiaan warga Libya.
Pada masa sama, Gaddafi dan seorang daripada anak lelakinya dan bekas ketua perisikan tentera memang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk dibicarakan atas tuduhan jenayah kemanusiaan.
Institusi perundangan berpangkalan di The Hague itu dibentuk sedekad lalu melalui Perjanjian Rome yang diiktiraf 117 negara bagi menggantikan tribunal jenayah perang untuk bekas Yugoslavia serta Rwanda.
Beberapa anggota Kongres AS juga berkata, mereka mahu Gaddafi dibawa ke negara itu bagi menghadapi tuduhan mendalangi pengeboman pesawat penumpang Pan Am 103 yang membunuh 270 orang pada 1988.
Kata mereka, Gaddafi juga mesti dipertanggungjawabkan atas serangan ke sebuah disko di Berlin, Jerman, yang mengorbankan dua tentera AS pada 1986.
Tidak cukup dengan itu, Britain, Perancis dan Jerman juga mungkin mengemukakan dakwaan baru ke atas Gaddafi selepas dia didakwa terbabit dalam pelbagai aktiviti keganasan, manakala jiran Libya, Chad, serta negara lain berpotensi menyertai tuntutan itu.
Ketika ini, tiada satu pun badan perundangan menguruskan apa yang berlaku ke atas seseorang diktator yang disingkirkan selepas terbabit dalam keganasan, sama ada di dalam atau luar negara.
Jika Gaddafi ditangkap hidup-hidup, kemungkinan besar politik - dan bukan perundangan - yang akan menentukan di mana dia bakal dibicarakan.
Perlu diingat, Majlis Keselamatan PBB memulakan kes ke atas Gaddafi di ICC.
Profesor undang-undang Universiti George Washington, Sean Murphy, berkata usaha komuniti antarabangsa itu bukan digerakkan peguam di The Hague.
“Ia adalah keputusan yang banyak didorong kepentingan politik sesebuah negara di PBB,” katanya.
Untuk ketika ini, kecenderungan politik nampaknya masih mahukan proses perundangan itu dikendalikan kerajaan sementara di Libya.
Selepas kejatuhan Tripoli minggu lalu, pentadbiran Presiden Barack Obama menegaskan, warga Libya sendiri perlu memutuskan apa perlu dilakukan terhadap Gaddafi - asalkan ia menepati standard tertinggi mengikut keadilan antarabangsa.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, bersama beberapa diplomat lain AS mencadangkan, masa depan Gaddafi kurang penting berbanding usaha menguasai senjata kimia Libya.
Turut diberi penekanan mereka, usaha mengurangkan potensi kewujudan puak pelampau Islam dalam Libya serta langkah mendorong negara itu melaksanakan demokrasi.
Dalam sesi taklimat menjelang pertemuan Hillary dengan pemimpin NTC di Paris minggu ini, dua pegawai kanan Jabatan Negara AS berkata, ‘situasi Gaddafi’ tidak dibincangkan secara mendalam.
Hillary juga tidak menyatakan status perundangan Gaddafi dalam sidang media selepas pertemuan berkenaan.
Memanglah, masalah membicarakan Gaddafi di Libya ialah, ketika ini tiada sistem perundangan dipraktikkan di negara itu.
Di bawah Gaddafi, sistem perundangan Libya didasarkan kepada undang-undang Islam, tetapi ‘mahkamah revolusi’ dan mahkamah tentera yang ditubuhkan rejim terdahulu mengendalikan semua isu pertikaian politik serta jenayah ke atas negara berkenaan.
NTC berkali-kali berkata, mereka mahu menggubal perlembagaan baru, tetapi setakat ini tidak diketahui bagaimana bentuknya.
Lebih merumitkan keadaan, beberapa pegawai NTC sendiri adalah bekas pegawai kanan dalam rejim Gaddafi dan mereka sendiri mungkin melakukan pelbagai jenayah sebelum ini dan tidak akan membiarkan ia didedahkan di mahkamah.
Ada kemungkinan pemimpin Libya selepas ini mahu memuaskan hati komuniti antarabangsa dengan menghantar Gaddafi ke ICC.
Keadaan sama boleh berlaku jika Gaddafi ditangkap kerajaan asing di luar Libya.
Pendakwaan di The Hague akan meletakkan Gaddafi di tempat perbicaraan lebih meyakinkan.
Jun lalu, ICC mengeluarkan waran tangkap kepada Gaddafi dan anaknya, Saif al-Islam, serta ketua perisikan Libya, Kolonel Abdullah al-Senussi yang didakwa melakukan jenayah kemanusiaan.
Namun, cabaran terbesar ketika ini ialah bagaimana membawa Gaddafi ke ICC.
Jika dia melarikan diri dari Libya, ada beberapa negara Afrika yang dipercayai bakal memberikan perlindungan kepadanya.
Zimbabwe - negara yang tidak menyertai komuniti antarabangsa membentuk ICC - menyatakan secara terbuka bahawa mereka tetap menganggap Gaddafi seorang sahabat.
Pemimpin Afrika Selatan - negara yang menganggotai ICC - juga masih setia berkawan dengan Gaddafi bagi mengenang jasanya menyokong mereka menentang dasar aparteid.
Walaupun Johannesburg tidak menampakkan sikap mengalu-alukan Gaddafi, mereka menggesa ICC menyiasat sama ada Nato turut melakukan jenayah perang apabila memberikan sokongan kepada pemberontak menggulingkan diktator terbabit.
Di Mesir, kerajaan baru yang dibentuk selepas penyingkiran Hosni Mubarak tidak teragak-agak mengetepikan waran ICC.
Presiden Sudan, Omar al-Bashir - yang disabitkan kesalahan jenayah perang di Darfur oleh ICC hampir tiga tahun lalu dan menjadi antara ketua kerajaan asing terawal melawat Mesir pada era selepas Hosni - juga memahami tiada sebarang risiko untuknya membantu Gaddafi.
ICC tidak mempunyai cara menguatkuasakan waran tangkap dikeluarkannya, malah bergantung kepada Majlis Keselamatan PBB untuk menggunakan saluran diplomatik jika ada mana-mana pihak gagal bekerjasama.
Isunya - setakat ini rekod Majlis Keselamatan membantu ICC sangat tidak meyakinkan. - Reuters

No comments:
Post a Comment