Pages

Tuesday, September 6, 2011

Kubu Gaddafi bakal diserang

Foto
RANGKA manusia diletak di sekatan jalan ke timur Sirte oleh pemberontak anti-Gaddafi.
Tinggal empat bandar yang terus setia kepada bekas pemimpin Libya

Foto
SEORANG pemberontak bersantai di pos kawalannya di Tripoli dalam suasana lebih tenang selepas Aidilfitri.
m SIRTE: Tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang diiktiraf sebagai pemerintah baru Libya, bersedia menyerang bandar Bani Walid selepas rundingan dengan penyokong Muammar Gaddafi supaya menyerah diri, menemui kegagalan.

Bekas pemberontak berkata, rundingan dengan penasihat bandar padang pasir itu tidak serius kerana penyokong pro-Gaddafi terus melakukan serangan serentak dengan rundingan itu.
Tentera NTC ketika ini bergerak ke Bani Walid daripada tiga arah. Perunding kanan NTC, Abdullah Kenchil, berkata penyokong Gaddafi mahu mereka masuk ke bandar itu tanpa senjata.

Selain menjadi kubu kuat Gaddafi, kawasan berkenaan juga menjadi tempat suku kaum terbesar dan paling kuat di Libya. Bani Walid, terletak 150 kilometer ke tenggara Tripoli, satu daripada empat bandar yang masih setia kepada Gaddafi. 

Sementara itu, anak lelaki Muammar Gaddafi menyalahkan abangnya atas kegagalan rundingan dengan pemerintah baru Libya mengenai meninggalkan satu daripada benteng penyokong setia terakhir, lapor televisyen Cable News Network (CNN) kelmarin. 

Saadi Gaddafi memberitahu CNN dalam temubual telefon bahawa ucapan agresif abangnya, Saif al Islam yang siarkan beberapa hari lalu membawa kepada kegagalan rundingan, membuka jalan kepada serangan. 
Dua anak pemimpin terkenal itu dipercayai bersembunyi di Sirte iaitu Saif dan Mutassim.

Bercakap mengenai lokasinya, Saadi berkata beliau sudah keluar dari Bani Walid, lapor CNN.

Saadi berkata yang beliau tidak menemui bapa atau abangnya sejak dua bulan lalu.
Saadi berkata, beliau berkecuali tetapi bersedia membantu berunding untuk gencatan senjata, kata CNN.

Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil pula berkata, musuh pro-Gaddafi yang berkubu diberikan bantuan kemanusiaan dan masa untuk menyerang belum bermula kerana mereka perlu diberi lebih banyak masa untuk menyerah diri dan menghentikan pertumpahan darah.

Buat masa ini, NTC menawarkan tolak ansur dan pengarang Middle East BBC, Jeremy Bowen, yang berada di Tripoli memberitahu NTC tidak mahu menjadi penyebab pertumpahan darah baru ketika mula memerintah Libya. – Agensi 

No comments: