KUALA LUMPUR 6 Sept. - Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Sumatera Utara pada pukul 1.55 pagi ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa bumi tersebut berlaku di lokasi 2.973°Utara, 97.997° Timur pada kedalaman 110.1 kilometer dan kira-kira 100 kilometer dari arah Barat Daya Medan.
Jabatan Meteorologi Malaysia turut melaporkan kejadian tersebut yang gegarannya turut dirasai di beberapa tempat sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Penang dan Kedah. - Utusan

No comments:
Post a Comment