Pages

Tuesday, September 6, 2011

Gadis diberi ganjaran kerana pulangkan jam Chris Brown

JAM tangan Rolex yang mempunyai hiasan berlian
 yang merupakan model yang sama milik Chris Brown.

LOS ANGELES - Seorang gadis, Alisha akan diberikan ganjaran apabila dia memulangkan semula jam tangan Rolex yang dihiasi berlian milik penyanyi R&B, Chris Brown yang berharga AS$22,000 (RM65,505), lapor sebuah akhbar semalam.
Jam tersebut dicampak oleh Brown kerana ia longgar di pergelangan tangannya semasa dia membuat persembahan pada Anugerah Muzik Video MTV di sini pada 28 Ogos lalu.
Brown mencampakkan jam itu ke satu sudut di pentas tetapi seseorang telah melompat dekat dengan jam tersebut menyebabkan ia melantun ke arah penonton.
Alisha yang mendapat jam itu kemudian memulangkan semula jam tersebut kepada seorang pengawal keselamatan yang mencarinya di kawasan penonton.
Brown berjanji kepada Alisha untuk memberinya tiket untuk menyaksikan konsertnya.
Menurut laman hiburan TMZ, Alisha menghubungi Brown selepas dia membaca di laman tersebut bahawa penyanyi itu mencarinya kerana dia telah memulangkan jam berkenaan. - Agensi, kosmo

No comments: