NAIROBI: Kebuluran di Somalia semakin merebak hingga ke wilayah selatan.
Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan keadaan akan menjadi semakin teruk empat bulan lagi di mana 750,000 orang dikhuatiri akan mati.
Menurut pasukan analisis keselamatan makanan untuk Somalia PBB, puluhan ribu orang sudah mati dan hampir separuh daripadanya wanita dan kanak-kanak.”
Kenyataan itu juga menyebut wilayah Bay sekarang ini diisystiharkan sebagai kawasan kebuluran.
“Empat juta penduduk di Somalia menghadapi krisis ini dan 750,000 orang dikhuatiri akan mati empat bulan lagi jika tidak mendapat bantuan yang secukupnya.” Wilayah Bay, tempat terletaknya bandar utama, Baidoa, adalah kubu kuat kumpulan pelampau Islam, Shebab, yang mengenakan peraturan ketat kepada misi bantuan.
Menurut kenyataan itu lagi, “Sekiranya keadaan seperti sekarang tidak ditangani dan dibiarkan berterusan, kebuluran akan terus merebak dalam masa empat bulan akan datang.” - AP

No comments:
Post a Comment