AMPANG: Gara-gara ingin meleraikan pergaduhan akibat perselisihan faham kerana seorang remaja lelaki bermain mercun di kawasan perumahannya, seorang wanita menanggung kesakitan dan lebam di leher serta belakang badan akibat dipukul menggunakan kayu oleh seorang wanita yang juga jirannya di Taman Kencana, di sini, kelmarin.
Mangsa, Maya, 26, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, dia berada di dalam rumah apabila terdengar kekecohan seperti orang bertengkar di luar.
Dia meninjau apa yang berlaku sebelum mendapati kira-kira enam orang yang juga jirannya mengepung seorang remaja lelaki kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan remaja terbabit bermain mercun berhampiran rumah mereka.
“Sebaik mendekati mereka, saya mendapati seorang remaja lelaki yang juga kenalan anak tiri saya dikepung jirannya itu kerana tidak berpuas hati dengannya yang bermain mercun.
“Remaja terbabit datang ke rumah jiran saya untuk memohon maaf kerana bermain mercun, tetapi ahli keluarganya tidak berpuas hati,” katanya.
Beliau berkata, dia cuba menenangkan suami jirannya itu yang masih tidak berpuas hati dengan remaja terbabit, tetapi tindakannya tidak disenangi.
“Saya yang ditemani suami berunding dengan suami jiran itu dan berharap pertengkaran diselesaikan cara baik selain menerima maaf remaja terbabit, tetapi dia mengugut supaya saya tidak masuk campur.
“Tiba-tiba, dia meluru keluar dari rumahnya sambil memegang sebatang kayu dan menekan kayu berkenaan pada leher saya menyebabkan tekak saya berasa perit,” katanya ketika ditemui.
Suspek yang masih tidak berpuas hati kemudian memukul belakang badan mangsa hingga bengkak.
Bimbang jirannya itu melakukan sesuatu lebih buruk, suami mangsa menariknya dan meminta suspek tidak memukul isterinya.
“Suami membawa saya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.
Maya berkata, dia menjalani pemeriksaan kesihatan susulan terhadap kecederaannya di Hospital Ampang dan doktor mengesahkan dia bengkak dan lebam kesan dipukul selain masih berasa kesakitan di belakang badan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan terbabit dan berkata siasatan lanjut dijalankan.

No comments:
Post a Comment