Pages

Saturday, March 24, 2012

Damsyik jadi sasaran

DAMSYIK: Pemberontak dan tentera kerajaan bertempur di utara Syria semalam sementara penentang kerajaan menyuarakan hasrat untuk menawan bandar raya ini.
Di Geneva, Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengarahkan siasatan terhadap pencabulan hak asasi kemanusiaan diperluaskan.
Pada masa sama, Kesatuan Eropah menguatkuasakan sekatan baru terhadap Damsyik.

“Damsyik, kami datang,” menjadi slogan pemberontak dalam tunjuk perasaan selepas solat Jumaat semalam.


Beratus-ratus penduduk bandar raya berkenaan juga mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan malam kelmarin di beberapa bahagian ibu negara itu sambil melaungkan slogan berbunyi: “Bom kami. Jangan bom penduduk Daraa, Homs dan Hama.”

Aktivis dan pemerhati berkata, tentera kerajaan dan pemberontak bertempur di wilayah Aazaz, berhampiran sempadan Turki, tempat sekurang-kurangnya tiga anggota tentera mati, manakala bandar Homs di tengah Syria, terus dibedil.

Dalam pertempuran sengit kelmarin, tentera kerajaan terus melancarkan serangan ke atas pemberontak walaupun Majlis Keselamatan PBB meminta Presiden Bashar al-Assad menghentikan serangan.

Pemerhati Hak Asasi Syria berkata, 10 terbunuh dalam satu serangan ke atas sebuah bas yang membawa wanita dan kanak-kanak berdekatan bandar Sermin, di wilayah Idlib.

Pemerhati berkata, lebih 9,100 orang terbunuh sejak revolusi yang bermula daripada tunjuk perasaan aman pada Mac 2011 sebelum berubah menjadi pemberontakan bersenjata.

Sementara itu, diplomat di Brussels berkata, Kesatuan Eropah meningkatkan tekanan terhadap Damsyik dengan mengenakan sekatan baru ke atas keluarga Bashar, termasuk isterinya, Asma, bekas pegawai kanan bank yang menerima pendidikan di Barat dan ikon fesyen.

Aset peribadi dan ahli keluarga yang lain turut dibekukan. - AP

No comments: