Pages

Saturday, March 24, 2012

Genting Gaza kering bekalan minyak




Penduduk Palestin berbaris untuk membeli minyak di sebuah stesen minyak di Khan Younis, selatan Gaza, kelmarin. - REUTERS


GAZA CITY 23 Mac - Stesen-stesen minyak di Genting Gaza kering dan wilayah Palestin ini bergelap selepas bekalan elektrik terputus ekoran pertikaian berhubung bekalan bahan bakar itu antara Mesir dan pemerintah Hamas.
Perkhidmatan perubatan kecemasan di Gaza pula mengurangkan jumlah ambulans yang beroperasi dan sekurang-kurangnya sebuah hospital membatalkan pembedahan kurang penting bagi menjimatkan tenaga.
"Kami kini berdepan masalah kekurangan dan catuan minyak. Keadaan kini sama seperti kembali ke zaman batu," kata seorang pelajar universiti, Abed Mohammed, 21 tahun.
Bulan lalu, Mesir mula menghentikan bekalan minyak secara haram ke Gaza melalui rangkaian terowong bawah tanah tanah.
Satu-satunya loji tenaga di Gaza kini turut kehabisan minyak sekali gus menjejaskan dua pertiga kawasan wilayah Palestin yang dihuni oleh 1.7 juta penduduk.
Mesir bertegas hanya mahu menghantar minyak melalui sempadannya di Kerem Shalom yang dikawal oleh Israel dan mengehadkan penggunaan terminal Rafah di sempadannya dengan Gaza hanya untuk pergerakan manusia sahaja.
Hamas menolak keputusan itu kerana akan memberi peluang kepada musuhnya itu untuk menyekat bekalan ketika berlaku ketegangan dan mahu terus berdagang secara langsung dengan Mesir, tindakan yang bakal menguatkan ekonomi Gaza dan populariti Hamas.
Namun, hubungan dingin antara Mesir dan Hamas yang memerintah Genting Gaza memarakkan lagi krisis itu.
Beberapa sumber Hamas berkata, Mesir sengaja mencetuskan krisis minyak ini bagi menekan pergerakan itu untuk melaksanakan perjanjian penyatuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mendapat sokongan Barat.
Timbalan Perdana Menteri Genting Gaza, Mohammed Awad berkata, krisis ini bermotifkan politik dan Hamas akan 'menyelesaikannya'. - REUTERS

No comments: