Pages

Saturday, March 24, 2012

Lelaki bunuh kekasih kerana mengandung kali kesepuluh

BIRMINGHAM: Seorang lelaki didapati bersalah menetak hingga mati seorang wanita sebelum membuang mayatnya ke dalam tong sampah.
Shuana Lee 36, yang hamil bayi kembar dibunuh oleh Karl Burman. Mangsa mempunyai sembilan orang anak.
Mayatnya tidak dijumpai dan dipercayai telah dibakar.

Burman, 24, dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh.


Ketika perbicaraan dijalankan, pendakwa raya Mark Wall, memberitahu Mahkamah di Birmingham, defendan yang berang kerana wanita itu hamil lagi, memotong badan mangsa lalu memasukkannya ke dalam beg plastik hitam dan membuangnya.

Polis menyiasat kehilangan Shuana tetapi tidak berjaya sehinggalah Burman mendail 999 enam bulan selepas Shuana hilang pada November 2010 dan mengaku membunuh teman wanitanya.

Wall berkata, “Dia mengaku membunuhnya dengan menggunakan penukul dan memotong mayat mangsa dengan menggunakan gunting pokok.

Burman berkata dia mengambil masa dua hari untuk mengerat mayat Shauna. Dia kemudian memasukkan mayat Shauna ke dalam plastik hitam sebelum membuangnya. - DM

No comments: