Pages

Saturday, March 24, 2012

Teheran tekad musnahkan Israel jika diserang

TEHERAN: Seorang anggota kanan Parlimen Iran mengingatkan negara Barat supaya tidak bertindak menyerang negaranya kerana tindak balas yang akan diambil akan memberi kesan amat teruk.
Alaeddin Boroujerdi berkata, Teheran tidak akan teragak-agak untuk melancarkan serangan balas hingga memusnahkan Israel jika ia diserang.

“Jika Barat menyerang Iran, walaupun sedikit saja, mereka akan menerima padah. Yang paling nyata, kewujudan Israel akan terancam, kata Alaeedin ketika diwawancara oleh Press TV.

“Penyerang akan berdepan depan tindak balas yang cepat, tegas dan serius,” katanya.

Amerika Syarikat dan Israel mengancam melancarkan serangan terhadap Iran selepas mendakwa Teheran berhasrat untuk menghasilkan bom atom menerusi program nuklearnya.

Iran berulang kali menegaskan selaku anggota Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan negara yang menandatangani Perjanjian Mengehadkan Senjata, ia berhak menggunakan teknologi nuklear sepenuhnya untuk keamanan.


Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov sebelum ini berkata, sebarang kemungkinan serangan terhadap kemudahan nuklear Iran sudah pasti mencetuskan perlumbaan senjata di Asia Barat. - Agensi

No comments: