BEIJING 8 Julai - Kementerian Luar China menegaskan, pihaknya akan terus mengambil 'langkah penting' dalam memastikan kedaulatannya ke atas beberapa pulau di Laut China Timur yang menjadi pertikaian terjamin, selepas Jepun mempertimbangkan untuk 'membelinya' daripada pemilik tanah persendirian.
Pulau tidak berpenghuni dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China itu, telah lama menjadi pusat pertikaian wilayah maritim antara China dengan negara jirannya tersebut.
Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda semalam berkata, kerajaan pimpinannya mempertimbangkan untuk membeli pulau-pulau itu yang terletak di kawasan yang kaya dengan gas dan turut dituntut oleh China, tindakan yang dilihat bakal mencetuskan kemarahan Beijing.
"Tidak ada sesiapa akan dibenarkan untuk membeli dan menjual wilayah China.
"China akan terus mengambil langkah perlu untuk mengekalkan kedaulatannya ke atas pulau Diaoyu dan pulau-pulau lain," kata jurucakap Kementerian Luar China, Liu Weimin dalam satu kenyataan yang disiarkan lewat semalam di laman web kementerian.
Weimin turut mengulangi bahawa pulau-pulau itu adalah sebahagian daripada wilayah China sejak zaman purba lagi, tetapi kedaulatan negara ini berhubung wilayah terbabit dinafikan kerana isu sejarah yang tidak dapat diselesaikan dan atas prinsip undang-undang.
Awal tahun ini, Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara mencadangkan Jepun menggunakan dana awam untuk membeli pulau itu daripada pemilik persendirian, sekali gus menyebabkan Beijing mengecam dan menyifatkannya sebagai menyalahi undang-undang serta mencabul kedaulatannya.
Hubungan diplomatik antara Beijing dan Tokyo berada pada tahap terendah pada 2010 selepas Jepun menahan seorang kapten bot nelayan China. - REUTERS
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment