Pages

Saturday, March 24, 2012

Fenomena filem The Hunger Games

Kosmo! Online - Dunia:


SEORANG wanita, Sierra Betinis memakai pakaian watak Rue dalam filem The Hunger Games semasa dia memasuki sebuah lif di pawagam Regal di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Sejumlah besar orang membanjiri pawagam-pawagam di Amerika Syarikat untuk menonton tayangan tengah malam filem fenomena remaja, The Hunger Games kelmarin.
Diterajui bintang baharu seperti Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson dan Liam Hemsworth, filem berkenaan dijangka mengungguli carta box-office di rantau Amerika Utara untuk tayangan pada hujung minggu ini.
Agensi tempahan tiket di Internet, Fandango menyatakan, The Hunger Game kini menduduki tempat ketiga senarai tempahan tiket awal yang tertinggi di AS di belakang filem The Twilight Saga: New Moon dan Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2.
Menurut Fandango, sebanyak 10 tiket The Hunger Games dijual pada setiap saat manakala 2,500 tayangan juga telah habis ditempah.
Filem The Hunger Games diadaptasi daripada novel dengan menggunakan tajuk yang sama.
Novel itu dihasilkan penulis Suzanne Collins dari AS.
Sebanyak 30 juta buku tersebut telah dijual di seluruh dunia setakat ini.
Seorang guru di sini, Daniela Perry, 32, berkata: "Saya mungkin menangis semasa menonton filem itu. Terdapat beberapa bahagian yang menyentuh emosi dengan beberapa budak mati.
"Dalam buku, kisahnya digambarkan amat menarik menyebabkan saya mahu menonton filem tersebut".
Menurutnya, dia menangis semasa membaca buku tersebut.
Filem itu mengisahkan seorang gadis yang terpaksa berjuang dalam sukan maut demi meneruskan hidupnya.
Ia bakal menemui peminat di Perancis dan sebahagian besar Eropah pada Rabu ini. - AFP

'via Blog this'

No comments: