Pages

Saturday, August 6, 2011

Anak Gaddafi maut serangan NATO



BENGHAZI, Libya - Para pemberontak Libya semalam mendakwa serangan udara jet-jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di bandar Zliten, utara negara berkenaan telah menyebabkan seorang anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis terbunuh bersama lebih 30 yang lain.
"Serangan NATO ke atas beberapa bilik operasi di Zliten menyebabkan sekitar 32 askar Gaddafi terbunuh. Seorang daripada mereka ialah Khamis (anak Gaddafi)," kata seorang jurucakap pemberontak Libya, Mohammed Zawawi.
Menurutnya, maklumat tersebut diperoleh berdasarkan intipan perbualan radio tentera Gaddafi oleh pihak pemberontak di timur Libya.
Di ibu pejabat NATO di Naples Itali, badan ketenteraan itu menyatakan, pihaknya masih menyiasat dakwaan tersebut.
Semasa kematiannya, Khamis dilaporkan mengetuai pertempuran di Zliten untuk menghalang kemaraan pemberontak ke ibu kota Libya di Tripoli.
Pemuda berusia 28 tahun itu ditakuti rakyat Libya kerana mengetuai unit tentera Gaddafi yang paling gagah dikenali sebagai Briged Khamis. - AFPKOSMO

No comments: