JOHOR BAHRU – Kegiatan haram satu sindiket yang mencuri kabel dan peralatan elektronik bernilai RM5 juta milik beberapa syarikat telekomunikasi sejak lima bulan lalu terbongkar apabila polis menahan sembilan individu termasuk seorang wanita baru-baru ini.
Kesemua suspek berusia di antara 16 dan 51 tahun itu ditahan dalam satu operasi di sekitar Johor dan Selangor. Mereka dipercayai dapat membantu siasatan ke atas 60 kes curi kabel dan peralatan elektronik syarikat tersebut.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, tangkapan pertama dilakukan pada pukul 6.30 petang 18 Julai lalu di mana sepasang suami isteri dan seorang remaja ditahan di Bukit Pasir, Muar.KOSMO
No comments:
Post a Comment