Tarikh : November 22, 2011
LONDON - Beberapa bintang Hollywood dan individu terkenal lain akan melancarkan serangan balas terhadap akhbar tabloid Britain apabila mereka memberi keterangan dalam inkuiri awam mengenai cara tidak beretika media di negara itu mendapatkan berita, minggu ini.
Pelakon terkenal termasuk Hugh Grant akan menyertai inkuiri itu untuk menceritakan bagaimana mereka dan keluarga menderita akibat cara pemburuan berita yang tidak berhati perut demi meningkatkan penjualan surat khabar serta menyebabkan orang ramai menjadi taksub dengan gosip mengenai selebriti.
Inkuiri itu akan mendedahkan kaedah melampau akhbar tabloid Britain untuk mendapatkan berita termasuk penggodaman telefon seperti dilakukan akhbar News of the World dan membayar wang kepada individu untuk memberikan cerita.
Menurut pensyarah kewartawanan televisyen Universiti City, London, Stewart Purvis, inkuiri awam itu ibarat perbicaraan terbuka terhadap akhbar tabloid di Britain.
Perdana Menteri Britain, David Cameron mengarahkan inkuiri itu ditubuhkan, Julai lalu, selepas pendedahan bahawa wartawan akhbar News of the World menggodam telefon bimbit milik pelajar hilang, Milly Dowler yang kemudian ditemui mati dibunuh.
Ibu bapa Dowler akan menjadi individu pertama memberikan bukti semasa inkuiri itu diikuti Grant, pelakon Sienna Miller dan penulis buku Harry Potter, JK Rowling.
Inkuiri yang diketuai hakim kanan Britain, Brian Leveson itu dijangka berlangsung selama setahun dan akan memberikan cadangan kepada kerajaan sama ada perlu menyemak semula piawaian industri akhbar tabloid di Britain termasuk undang-undang media lebih ketat.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment