Pages

Tuesday, November 22, 2011

Pelajar di Mesir dijamin selamat



PARA penunjuk perasaan meneruskan pertempuran mereka dengan anggota keselamatan Mesir di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


PETALING JAYA - Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti memberi jaminan semua 10,000 pelajar Malaysia di negara yang sedang bergolak itu kini selamat.

Beliau berkata, keselamatan mereka dipantau oleh sebuah jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan sebelum ini selepas berlaku revolusi Mesir.

"Isu keselamatan tidak ada masalah memandangkan kita (kedutaan) telah memaklumkan para pelajar supaya mematuhi arahan yang telah dikeluarkan supaya menjauhi kawasan bergolak.

"Justeru saya menasihatkan ibu bapa pelajar di sini (Malaysia) supaya tidak risau dengan apa yang sedang berlaku kerana ia merupakan keadaan normal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis penubuhan Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Cawangan Malaysia di Gerbang Perdana di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan, keadaan di Mesir kembali bergolak apabila tunjuk perasaan berlaku di Dataran Tahrir, Kaherah bagi menuntut pihak tentera negara itu segera mengumumkan tarikh untuk menyerahkan kuasa kepada kerajaan pilihan yang dipilih rakyat selepas pengunduran Hosni Mubarak pada Februari lalu.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments: