BANDAR RAYA MEXICO - Gunung berapi Popocatepetl di Mexico mengeluarkan awan debu setinggi lima kilometer ke udara kelmarin selepas ia memuntahkan laharnya.
Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan Mexico menyatakan, letusan kuat kelmarin menyusul selepas beberapa letusan sederhana dikesan beberapa hari lalu.
Gunung berapi setinggi 5,450 meter itu terletak 65 kilometer ke tenggara ibu negara Mexico di sini.
Setakat ini, tiada laporan awan debu itu menimpa komuniti yang tinggal di sekitar gunung berapi berkenaan.
Gunung berapi Popocatepetl meletus berulang kali sejak Disember 1994. - Agensi
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment