Ketua perisik Gaddafi ditangkap

TRIPOLI - Bekas ketua agensi perisikan Libya, Abdullah Al-Senussi ditahan di kawasan gurun negara itu, kelmarin, sehari selepas anak lelaki bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditemui pemberontak di kawasan sama.

Penahanan Abdullah, anggota terakhir rejim Gaddafi yang masih hidup dan dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas dakwaan jenayah kemanusiaan dianggap kejayaan besar oleh kerajaan baru Libya yang masih dalam proses pembentukan Kabinet.

Namun ia juga menjadi ujian besar kepada kerajaan Libya untuk mengawal puak berbalah di negara itu dengan membentuk sistem pemerintahan baru secepat mungkin.

Kesukaran membentuk kerajaan yang boleh diterima semua puak di Libya terbukti apabila Perdana Menteri Abdurrahim El-Keib meminta tempoh tambahan untuk melengkapkan senarai Kabinet, kelmarin.