AMPANG: Tindakan menegur seorang konduktor bas yang terduduk di atas barang miliknya menyebabkan seorang lelaki cedera apabila dibelasah konduktor bas terbabit sebelum dihalau turun dari bas berkenaan, kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 39 tahun itu ditumbuk di muka hingga menyebabkan kaca mata yang dipakainya pecah selain turut dipukul dengan besi dan ditendang.
Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai pelayan restoran itu menaiki sebuah bas berhampiran Pandan Indah untuk pulang ke rumahnya.
“Sebaik menaiki bas kira-kira jam 11 malam itu, mangsa duduk di satu tempat duduk yang disediakan dan meletakkan beg yang dibawanya di tempat duduk sebelah.
“Secara tiba-tiba, seorang lelaki yang juga konduktor bas berkenaan duduk di atas begnya menyebabkan dia menegur lelaki itu untuk memberitahu tindakannya dan mahu mengalih semula beg itu,” katanya.
Malangnya, lelaki terbabit dikatakan tidak berpuas hati dan berang dengan teguran mangsa sebelum bertindak memaki hamun dan mahu merampas semula tiket mangsa.
Sumber berkata, mangsa menegur mangsa secara baik namun lelaki itu bertindak ‘ganas’ menumbuk muka mangsa beberapa kali sehingga kaca mata dipakainya pecah.
“Mangsa cuba mempertahankan diri namun tidak berjaya apabila lelaki itu mengambil sebatang besi yang berada di dalam bas dan terus memukul mangsa.
“Bukan itu saja, lelaki itu dipercayai turut mengarahkan pemandu bas memberhentikan bas itu dan bertindak menghalau mangsa turun dari bas dengan menendang nya keluar,” katanya.
Berikutan itu, mangsa dibantu orang awam lain yang menyedari kejadian itu ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.
Menurutnya, mangsa kemudian ke balai polis berhampiran membuat laporan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Tamat.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment