KENA BAKAR...Nurul menunjukkan pagar yang dibakar dipercayai perbuatan khianat. |
SHAH ALAM: “Saya terkejut apabila jiran menelefon memberitahu rumah saya terbakar,” kata Nurul Huda Mohamad, 28, anak perempuan kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung insiden kebakaran di rumah pemimpin pembangkang itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam Isnin lalu.
Ketika kejadian Nurul Huda berada seorang diri di rumah, manakala seorang lagi anak lelaki Mat Sabu, Ahmad Saiful Islam, 23, berada di luar.
Ketika ditemui di kediaman Mat Sabu di Jalan 19/32 C Seksyen 19, di sini, Nurul Huda berkata dia sedang melayari Internet di tingkat atas rumah apabila tiba-tiba terdengar bunyi seperti ada orang terlanggar pagar di luar rumah.
“Saya ingatkan adik saya Saiful yang pulang ke rumah apabila terdengar bunyi pagar itu. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan terus melayari Internet.
“Tiba-tiba, saya mendapat panggilan telefon dari jiran yang memberitahu bahawa bahagian pagar di depan rumah terbakar,” katanya.
1 comment:
jom singgah ke blog sy ,
ade pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi,
tajuk hot hari ini,
''Safee Sali tawan hati penyokong Cardiff City''
''kelayakan olimpik: Malayasia vs Jepun petang ini''
''Mat Sabu ditahan dan didakwa''
dan pelbagai lagi info2 terkini lg sengsasi di blog macamnilahkita.com
Post a Comment