Pages

Wednesday, September 21, 2011

Bencana alam halang bantuan







Foto
SEORANG wanita cuba mengalihkan batu bata runtuhan
 rumah yang menghalang laluan pejalan
 kaki di Katmandu, Nepal, semalam.
GUWAHATI (India): Hujan dan tanah runtuh menyukarkan usaha mencari mangsa yang terselamat dalam kejadian gempa bumi 6.9 magnitud di wilayah terpencil Himalaya yang merentangi India, Nepal dan Tibet yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 63 orang, kata media dan polis semalam.
Seramai 35 mangsa terbunuh yang disahkan polis di kawasan Shangri La, timur laut negeri India, Sikkim yang juga pusat gempa dalam kejadian malam kelmarin.
Foto
ORANG ramai cuba menarik keluar motosikal yang tertimbus
 dalam runtuhan rumah yang musnah dalam gempa
 bumi 6.9 magnitud di Bhaktapur, semalam.
Jabatan Geologikal Amerika Syarikat menyatakan, gegaran dirasai hingga ke Bhutan selepas ia menggegarkan sempadan Sikkim dan Nepal kira-kira jam 6.10 petang Ahad waktu tempatan.

Pusat gempa terletak 60 kilometer di barat laut Gangtok, dengan kedalaman 19.7 kilometer. Gempa bumi itu diikuti dengan dua gegaran susulan yang kuat.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh mengarahkan mesyuarat kecemasan Pihak Berkuasa Bencana Kebangsaan manakala Setiausaha Kabinet, Ajit Seth, berkata pasukan tentera udara membawa pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan ke Sikkim.

Bagaimanapun, tanah runtuh dan hujan lebat melambatkan usaha tentera, penyelamat serta pasukan perubatan untuk menghulurkan bantuan. Orang ramai memenuhi jalan dari lapangan terdekat ke Sikkim yang terletak 100 kilometer.
Lebih banyak kematian dilaporkan berhampiran Nepal dan wilayah China, Tibet.

Kabus tebal menghalang helikopter melakukan kerja menyelamat di kawasan terbabit dan pihak berkuasa berkata kematian mungkin meningkat.

Ribuan tentera membantu usaha menyelamat mungkin tidak boleh sampai di tempat kejadian sehingga Selasa (hari ini) kerana laluan ke pergunungan tersekat.

“Keadaan nampaknya tidak baik. Saya dapat berasakan jumlah kematian dan mangsa cedera meningkat,” kata pegawai pasukan pengurusan bencana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New Delhi.

Sekurang-kurang dua maut di negeri Bihar, selatan Sikkim manakala enam mati di Bengal barat. Hujan berterusan selama empat hari di kebanyakan bahagian Sikkim dan suhu di zon gempa kira-kira lapan darjah Celsius.

Ribuan penduduk yang kediaman mereka musnah berlindung di pusat perlindungan kerajaan di Gangtok. Lebih 100 orang cedera sementara ratusan pelancong kebanyakan warga India terperangkap di jalan utama negeri ke Bengal barat di selatan.

Di NEPAL, polis berkata, penunggang motosikal dan anak perempuan berusia lapan tahun antara tiga terbunuh apabila dinding Kedutaan Britain di Kathmandu yang terletak 270 kilometer ke barat pusat gempa runtuh dan menghempap kereta dan motosikal.

“Dua lagi mangsa mati dalam kejadian berasingan di timur Nepal,” kata jurucakap polis nasional Binod Singh kepada AFP.

Gegaran turut dirasai sehingga New Delhi di India selain Bangladesh yang turut menggegarkan bangunan. Sekura-BHARIAN

No comments: