Saturday, October 23, 2010
Ular sawa seperti keluarga
RAMALLAH - Kebanyakan bapa tentu tidak mahu anak perempuan mereka yang berumur dua tahun bermain dengan ular sawa Burma gergasi, tetapi bagi Jamal Amwasi, perkara itu adalah satu kebiasaan.
Pekerja kerajaan Palestin berumur 35 tahun itu adalah pemilik lebih 12 ekor ular, termasuk beberapa ular sawa bersaiz besar yang disimpan hanya beberapa meter dari rumahnya di Tebing Barat.:
"Ular-ular ini seperti sebahagian daripada keluarga kami. Setiap pagi dan malam saya akan memeriksa dan memberi makan kepada binatang peliharaan saya ini," katanya.
Nama Jamal terkenal di Tebing Barat, wilayah Palestin yang diduduki rejim Israel, di mana binatang peliharaan bukanlah sesuatu yang biasa dan ular hanya dianggap sebagai perosak tanaman.
Terdapat hampir 40 spesis ular di Israel dan Tebing Barat, dan lebih 10 daripadanya berbisa, termasuk ular tedung bertanduk Sahara dan ular tedung Palestin. :
Pengalaman Jamal memelihara ular membantunya belajar cara merawat gigitan ular dan pernah membantu seorang doktor menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang digigit ular di sebuah kampung di Ramallah.
"Sehingga kini, saya kerap menerima panggilan daripada orang ramai meminta saya menangkap ular di rumah mereka.
”Jika ular itu berbisa,saya akan membunuhnya tetapi jika tidak, saya akan menyimpannya sebagai binatang peliharaan," katanya.
Labels:
ular
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment