BERLIN - Pameran “Hitler and the Germans" di Muzium Sejarah Jerman yang menyiasat mengenai kebangkitan pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler, menarik lebih 10,000 pengunjung sejak dibuka, minggu lalu.
Jurucakap muzium itu, Rudolf Trabold berkata. lebih 4,000 pengunjung menghadiri pameran tersebut pada hari pertama pembukaannya.
Orang ramai dilaporkan beratur panjang dan menunggu selama satu jam untuk memasuki muzium itu.
Trabold berkata, pameran itu menarik perhatian luar biasa kerana ia adalah pameran pertama yang menerangkan bagaimana seorang lelaki yang tidak mempunyai apa-apa boleh bertukar menjadi pemimpin Jerman yang digeruni pada masa tersebut.
"Kita semua mendapat kesan daripada Hitler jadi pameran ini sesuatu yang boleh difahami oleh semua serta dapat membantu rakyat Jerman dan orang luar untuk lebih memahami sejarah negara itu," katanya.
Penganjuran pameran itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan media Jerman yang khuatir ia akan menjadi pusat penyokong yang taksub dengan pemimpin Jerman tersebut.
Menurut Trabold, walaupun terdapat pengunjung yang berfahaman Neo-Nazi ke pameran itu, namun tiada sebarang masalah timbul.
No comments:
Post a Comment