Pages

Saturday, October 23, 2010

Polis Perancis suraikan protes di kilang penapis



POLIS antirusuhan Perancis memasuki kilang penapisan bahan api yang dihalang oleh penunjuk perasaan di Caen, kelmarin. - AFP


PARIS 22 Okt. - Polis Perancis menyuraikan kumpulan piket yang bertindak menghalang jalan masuk ke kilang penapisan minyak di sini hari ini selepas negara ini mengeluarkan dekri kecemasan yang mengarahkan pemogok untuk kembali bekerja.
Polis rusuhan mengambil alih kawalan pintu masuk ke kilang penapisan minyak Grandpuits, menyuraikan kumpulan piket dan sekatan yang dibuat daripada tayar yang dibakar tidak lama selepas ketua-ketua kesatuan sekerja memberitahu wartawan bahawa mereka diberikan notis undang-undang.
Arahan ini yang dikenali di Perancis sebagai 'pengambilan semula', boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa Perancis apabila mereka percaya sesebuah mogok boleh memberi ancaman kepada orang awam.
Ia memaksa pemogok untuk kembali bekerja, di bawah ancaman pendakwaan.
Anggota polis yang tidak mengunakan belantan atau gas pemedih mata, menyuraikan pemogok "kepungan rakyat" seramai 80 orang dan para penyokong tempatan dengan tangan kosong, walaupun kesatuan sekerja mengatakan tiga pembantah cedera kerana disepak.
Perancis telah dicengkam dengan gelombang protes menentang Presiden Nicolas Sarkozy selama dua bulan berhubung rancangan untuk menaikkan umur persaraan daripada 60 tahun kepada 62 tahun dan menetapkan dasar terbaru untuk bayaran pencen penuh pada umur 67.
Semua 12 kilang penapis minyak Perancis tergendala akibat mogok dan hari ini sekitar satu dalam lima stesen minyak kehabisan bahan api, kata Menteri Alam Sekitar dan Pengangkutan, Jean-Louis Borloo.
Dewan Senat dijadualkan mengundi untuk undang-undang pembaharuan pencen itu kemudian pada hari ini dan ia secara rasmi boleh diterima pakai di dalam undang-undang seawal minggu depan.
Sebuah tinjauan pendapat yang diterbitkan hari ini oleh institut BVA dan disiarkan oleh saluran televisyen Canal Plus menunjukkan sejumlah besar majoriti pengundi Perancis kembali melakukan mogok, dengan margin 69 peratus kepada 29.
Bagaimanapun majoriti 52 peratus menentang sekatan ke atas kilang itu yang telah menyebabkan kekurangan bahan api dan mengendalakan pengangkutan di seluruh negara. - AFP

No comments: