Pages

Saturday, October 23, 2010

Kod khas nuklear Presiden AS hilang beberapa bulan


WASHINGTON 22 Okt. - Kod khas yang membolehkan Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk mengarahkan serangan nuklear hilang selama 'beberapa bulan' ketika pemerintahan Bill Clinton, menurut bekas pegawai tinggi tenteranya dalam memoirnya.
Kod pemberian kuasa yang dikenali sebagai 'biscuit' itu sepatutnya mesti sentiasa bersama Presiden pada setiap masa dan dikawal oleh seorang pembantunya.
"Setahu saya, kes kehilangan kod itu selama beberapa bulan tidak pernah dihebohkan sejak pentadbiran Clinton sehinggalah ke hari ini.
"Ini satu masalah besar dan kami cuba untuk mengelaknya," kata Ketua Turus Kakitangan, Hugh Shelton dalam memoirnya yang baru diterbitkan, Without Hesitation: The Odyssey of an American Warrior.
Menurut jeneral bersara itu, pembantu yang bertanggungjawab menjaga kod itu menandatangani perjanjian untuk menjaganya daripada hilang pada tahun 2000.
Ketika rakan sejawatnya dari Pentagon datang ke White House bagi mengesahkan kod itu sebagai sebahagian daripada rutin prosedur bulanan mereka, pembantu itu memberitahu Clinton memiliki kod itu dan beliau sedang sibuk dengan mesyuarat tergempar.
"Saya pasti kesilapan ini tidak diketahui oleh Clinton, sehinggalah masa penggantian kod dengan set baru yang dilakukan setiap empat bulan.
"Pembantu itu tidak mengetahui di mana kod itu kerana ia telah hilang selama beberapa bulan," kata Shelton.
Ketika beliau mengetahui tentang kejadian itu, Shelton bergegas ke pejabat dan Setiausaha Pertahanan William Cohen berkata, "kamu mungkin tidak akan percaya apa yang telah berlaku".
Prosedur-prosedur kemudiannya diubah selepas insiden itu. - AFP

No comments: