Tajuk : Perisik Islam Dalam Agama Lain.
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta .
Kali ini saya tulis artikel ini dengan ayat dan bahasa yang lebih ringan supaya anda semua membacanya dengan santai tetapi mampu berfikir secara tenang dan mendalam!
Selalunya yang kita dengar adalah cerita-cerita tentang kehebatan dan kelicikan pergerakan ejen-ejen CIA, Mossad, FBI, Illuminati dan Freemason yang kerjanya menjayakan setiap misi atau perancangan mengikut arahan dan telunjuk Iblis serta Dajjal. Kita juga sudah selalu dengar cerita pembongkaran teori-teori konspirasi The Hidden Hand .Tapi kali ini saya putarkan 360 darjah perhatian anda untuk berfikir sekejap; Hanya puak bukan islam atau musuh-musuh islam itu sahaja kah yang selalu membuat perancangan-perancangan licik untuk menghapuskan dan memecahbelahkan umat islam???
Tidakkah terfikir kepada kita yang golongan super-elit dan elit islam dari hiraki Rasul, Nabi, wali Allah dan para mujahidin islam berdiam diri begitu saja! Apakah mereka duduk diam sambil berpeluk tubuh melihat airmata, darah dan kesengsaraan ummat yang diratah dengan kejam oleh musuh-musuh Allah swt dan apakah mereka tidak tahu atau menghafal hadis-hadis Nabi saw tentang hal-hal atau bencana akhir zaman! Apakah wali-wali Allah itu duduk diam memerhatikan dari jauh melalui pandangan mata batin mereka apa yang telah, sedang dan akan berlaku di sekeliling mereka? Tidak saudaraku! , tidak sekali-kali, kerana sekiranya mereka berpeluk tubuh begitu , nescaya islam sudah lama hancur dan berkubur di muka bumi ini!
Misi nenek moyang kita seperti Sheikh Hussien Jamaluddin Kubra dan pendakwah islam yang lain ke Nusantara adalah membawa satu agenda dan misi yang besar untuk persiapan akhir zaman, malah kedatangan mereka seawal kerajaan Perlak-Pasai-Samudera - Aceh membawa misi dan risalah yang cukup besar, sangat bererti dan sulit!
Beberapa sahabat Nabi saw telah diutuskan nun jauh untuk berdakwah seperti hingga ke Asia dan Cina untuk tujuan dakwah islam, itu cerita yang selalu kita dengar, bagaimana pula cerita-cerita yang sangat sulit dan rahsia, yang hanya disimpan di dada-dada ulamak silam yang hanya sekali sekala dibukakan mereka dipondok-pondok atau ditempat – tempat yang tertentu saja?
Selain dari sahabat Nabi saw yang selalu tertulis dalam sejarah islam, apakah masih ada dikalangan sahabat Nabi saw yang menganut agama samawi lain yang membantu perjuangan Nabi secara senyap-senyap dan tersembunyi??? Kalau ada, siapakah mereka???
Sila baca dan renungkan firman Allah swt sperti berikut :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yahudi dan orang-orang nasaara(Nasrani) dan orang-orang sabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada ) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita” [ Surah Al-Baqarah : ayat 62 ]
“Ahli-ahli kitab itu tidaklah sama.Diantaranya ada golongan yang (telah memeluk islam dan ) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar).Mereka membaca ayat-ayat Allah (al-quran) , pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). [ Surah Ali-Imran : ayat 113 ]
Contoh-contoh ayat diatas membuktikan memang ada mukmin-mukmin didalam agama samawi lain [ yahudi, nasrani, sabiin ( hindu-budha) ] , mereka bertemu hakikat Nabi Muhammad ( rujuk surah As-Syu’ara ayat 196 dan 197), lalu beriman padanya. Ada diantara pendeta-pendeta mereka yang beriman secara senyap-senyap, menyembunyikan keimanan mereka, mempraktikkan islam secara rahsia melalui wasilah guru-guru mereka!
Allah swt telahpun memberitahu kita tentang mereka ini dalam firmanNya :
“Dan sesungguhnya diantara ahli kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan juga kepada apa yang diturunkan kepada mereka , sedang mereka khusyuk kepada Allah, dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahala di sisi Tuhan mereka.Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabnya” [ Surah Ali Imran : ayat 199 ]
Bagaimana pula kisah 2 orang yahudi yang pergi menemui Nabi saw lalu bertanyakan 9 soalan dan dijawab kesemuanya oleh Rasulullah saw.Mereka pun terus beriman dengan Rasulullah saw! Habis setakat itu sajakah cerita 2 orang yahudi ini saudara? Kemana mereka selepas itu? Apa tugas mereka selepas itu? Cuba fikirkan! Apakah Rasulullah saw yang diakui mempunyai kecerdasan spiritual yang begitu tinggiitu akan melepaskan mereka pergi begitu saja kembali kepangkuan kaum mereka tanpa apa-apa pesan atau misi?
Sebenarnya Nabi saw adalah sebaik-baik perancang dan penyusun strategi dakwah yang hebat!
Mari kita baca sedikit catatan mengenai kisah diatas yang dicatat dalam Hadis- musnad Imam Ahmad, At-Tirmizi dan An-Nasa’I, hadis dari Safwan bin Isan maksudnya:
“Seorang Yahudi berkata kepada kawannya; marilah kita pergi menemui Nabi ini.Maka kedua-dua orang yahudi itupun menemui Nabi saw lalu bertanyakan mengenai 9 tanda-tanda yang jelas.Maka Nabi saw pun menyebutkan hadis itu (mengenai 9 tanda yang jelas)…Maka kedua-dua yahudi itu pun mencium tangan dan kaki Nabi saw dan kedua-duanya mengucapkan : Kami naik saksi bahawa sesungguhnya engkau adalah Nabi Allah” [ rujuk hadis ini dalam tesis bertajuk : Syaikh Di dalam Thariqah- Prof. Madya Jahid bin Sidek, m/s 316 ]
Nabi Muhammad saw sebenarnya sudahpun mempunyai jentera-jentera para sahabat yang bergerak dan bekerja secara sulit.Tugas mereka adalah bertindak untuk mematahkan kekuatan musuh-musuh islam. Mereka menyelinap masuk kedalam gerombolan musuh tanpa disedari, seterusnya dengan licik membunuh ketua-ketua mereka atau orang-orang penting dalam organisasi musuh. Tugas-tugas sebegini biasanya dipikul olehAbu Dujanah, Muhammad bin Musalmah, Abdullah bin Unais, Syurahbil bin Hasanah, Tamim Ad-Dari, Abdullah bin Abi Baltaah, A’la Hadrami, Umar Umayyah Ad-Damri dan ramai lagi yang sejarahnya jelas tertulis.
Setiap dari mereka di atas mempunyai misi dan tugas mereka yang sulit dan tersendiri untuk memecahbelahkan kekuatan dan benteng pertahanan musuh lalu membantut dan melembabkan pergerakan musuh. Kisah kisah mereka ini boleh anda baca dalam Hayatus Sabahah-Hadrat Ji Maulana Yusuf Kandhalavi, Mawahibul Ladunniyyah-Al-Qastalani.
Berbalik kita pada tafsiran ayat 113 , Surah Ali-Imran diatas, cuba bandingkan pula mereka yang beriman tersebut dengan sesetengah ulamak kita[tidak semua ulamak begitu!] , yang nampak zahirnya alim, warak, zuhud tetapi amat liat untuk melepaskan jawatan bila berkuasa walaupun sudah nyanyuk, mengeluarkan fatwa-fatwa merapu demi meraih undi, sibuk dengan urusan duniawi memancing undi siang dan malam, masa untuk mengajar ilmu yang haq dan tazkirah islam yang murni kepada mereka yang dahagakan ilmu islam dan tunjuk ajar ditukar kepada ceramah politik, kafir mengkafir sesama islam, meniupkan api permusuhan sesama islam, terlalu leka menyusun strategi untuk terus berkuasa di tampok kuasa dan mengisi tembolok harta bagi diri, keluarga dan kroni-kroni, mengajar dan menggalakkan orang islam mendoakan kehancuran dan pecah perut saudara sesama islam tetapi dalam masa yang sama cukup bertoleransi, lemah lembut dan baik sekali dengan teman-teman kafir seperjuangan! Apa ini semua saudara??? Tepuk dahi tanyalah hati, apa sudah jadi?
Maafkan saya jika tulisan di perenggan atas jadi meleret-leret, rasanya cukuplah dulu , nanti orang politik marahkan saya pula. Apapun, saya terpaksa tegur juga orang politik ni, contohnya sayasangat setuju dengan saranan penulis blog ini kepada PM kita , [KLIK ]
Ya, bagaimana dengan nasib sekolah agama dan sekolah sekolah pondok wahai pemimpin melayu islam??? Mengapa anda semua tidak membelanya seperti anda membela SRJK-SRJK lain? Ini tugas anda dan anda sebagai wakil kepada suara dan hasrat rakyat mesti bekerja untuk rakyat! Amanah besar ini akan disoal oleh Rabbul Jalil di akhirat nanti! Anda semua jawablah sendiri! Semoga pembentanganBajet 2011 petang ini akan membawa sedikit kegembiraan dan rahmat kepada kakitangan awam yang banyak berjasa dan kepada semua institusi dan jentera yang berjuang untuk meninggikan syiar islam di Malaysia ini! Bukan bajet yang menambahkan jumlah gereja ,tokong-tokong, kuil-kuil agama lain yang akan menambahkan lagi laknat Allah kepada para pemimpin yang mengaku dirinya islam dan ingat, natijahnya juga nanti akan terpias kepada rakyat jelata juga!
Kembali kita kepada tajuk asal, ya… gerakan risikan dan dakwah ini masih berjalan hingga kini.Masih ingat artikel lama saya bertajuk :Isu Kalimah Allah : Pencetus Kebangkitan Ahli Sufi? [ KLIK]
Masih ingatkah anda bagaimana Abu Yazid Al-Bustami menjawab 50 soalan Ketua Paderi Kristian dan menjawab soalan apakah kunci syurga dan langit?
Dengan jawapan dan ilmu yang mantap mereka pun terus beriman kepada Allah swt melalui Abu Yazid.Setakat itu sajakah cerita itu saudara? Apa yang terjadi seterusnya kepada Ketua Paderi dan paderi-paderi lain yang dalam satu catatan lain mengatakan mereka semua seramai 500 orang telah mencampakkan rantai salib mereka ke laut! Mereka telah menukarkan Gereja mereka menjadi Masjid! Selepas itu cerita berkenaan mereka senyap begitu saja! Apakah mereka (bekas paderi-paderi) itu , yang telah berbai’ah dengan Abu Yazid dan mengambil jalan kesufian dengan Grandsheikh Sufi Agung itu terus tinggal menetap dan beribadat di masjid bekas gereja itu hingga ke akhir hayat mereka? Tentunya tidak saudaraku!
Firman Allah swt berikut boleh menjadi renungan kita bersama :
“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”
[ Surah Al-Hajj : ayat 40 ]
Apa yang penting sekali yang ingin saya sampaikan disini ialah kita bangsa melayu-islam sudah ada Program khusus yang dibawa dan telah diperkenalkan oleh nenek moyang kita iaitu “mempersiapkan diri untuk bangkit di akhir zaman”.
Mengapa kita membiarkan diri ‘terleka’ dengan subjek-subjek sampingan lain sehingga melupakan subjek-subjek teras dalam program asal yang telah dirintih oleh wali-wali Allah dan Raja-Raja Melayu yang berdaulat sejak ribuan tahun dahulu lagi??? Apakah subjek teras itu saudara? Subjek teras itu ialah “bersatu, berilmu, beradat , beriman, diredhai, diberkati,beroleh keramat dan sakti”. Apakah subjek-subjek sampingan yang lain yang mengganggu perjalanan subjek teras ini saudara? Fikir-fikirkanlah sendiri! … antaranya ialah POLITIK yang memecahbelahkan ummat dan MEDIA MASSA serta IT yang boleh melekakan Ummat !
Perjalanan hidup kita menuju Allah dan untuk hidup bersama Allah ,analoginya mudah saja, jika kita mahu menghubungi si A, kita mesti belajar dan tahu segala berkaitan dengan diri si A. Kita kenal dulu siapa si A , ataupun kita tanya dulu siapa si A melalui orang yang dah kenal si A, kita kena tahu nombor telefon si A, jika dah selalu dail nombor si A, kita mudah ingat nombor si A, lalu kita savekan nombor telefon si A atas satu nama ringkas, bila ingin menghubungi si A, kita tekan je nama ringkas si A yang kita savekan tadi, maka dengan sendirinya jadi speed dial, perhubungan kita dengan si A pun jadi mudah dan mesra , akhirnya kita amat gembira sekali bila si A pula yang selalu menghubungi kita! Kita pun senang meminta pertolongan si A bila kita ada masalah, kadang kadang si A menghulurkan bantuan tanpa kita pinta jika si A mula menyayangi diri kita! Lebih hebat lagi seperti dengan teknologi moden sekarang kita boleh berbual-bual dengan telefon bimbit melalui video dan bersua wajah dengan si A walaupun berada jauh beribu batu! Perbualan seperti ini sudah lama wali-wali Allah kuasai!
Menempuh jalan kerohanian dan melakukan latihan kerohanian adalah umpama kita menyusun nombor-nombor telefon tadi, jika salah tekan atau salah atur nombor tadi, maka panggilan kita akan tersasar dan tidak sampai kepada si A, mungkin panggilan kita akan disahut setan! Jika sampai ke peringkat keadaan boleh nampak orang yang dipanggil, itu maknanya sudah sampai kepada peringkat rahsia dalam rahsia dan semua rahsia akan ditutup kepada orang awam selepas itu!
akhir sekali, marilah kita berdoa semoga beroleh kegembiraan seperti mereka yang dinyatakan di dalam Firman Allah swt , surah Al-Qiamah; ayat 22-23 seperti berikut:
"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.Kepada Tuhannya mereka melihat " [ Al-Qiamah :22-23 ]
Selamat membaca.Wassalam.sumber: http://sangtawal.blogspot.com

No comments:
Post a Comment