Pages

Saturday, October 23, 2010

Haiti diancam kolera



WANITA Haiti berdiri di sebelah ahli keluarganya yang menderita penyakit dipercayai kolera di luar pekarangan hospital St. Marc, utara Haiti, semalam. - AFP
CHOLERA EPIDEMIC IN QUAKE-HIT HAITI, 135 DEAD THONY BELIZAIRE -


ST. MARC, Haiti 22 Okt. - Sekurang- kurangnya 135 orang terkorban di kawasan luar bandar di tengah negara ini dan lebih beratus-ratus yang mengalami kesakitan memenuhi hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kolera atau cirit-birit yang teruk.
Beratus-ratus pesakit berbaring di atas selimut di kawasan tempat letak kereta di luar hospital St. Nicholas di bandar pelabuhan St. Marc dengan lengan mereka dimasukkan saluran air.
Apabila hujan mula turun pada tengah hari, jururawat bergegas membawa mereka masuk ke dalam bangunan.
Doktor menjalankan ujian untuk kolera, cirit-birit dan penyakit-penyakit lain di negara Caribbean ini sejak penularan wabak tersebut semasa gempa bumi Januari lalu yang mengorbankan seramai 300,000 orang.
Timbalan pengarah negara untuk Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Catherine Huck berkata, Kementerian Kesihatan Haiti merekodkan 135 kematian dan lebih 1,000 orang dijangkiti.
"Apa yang kami tahu, rakyat menghidap cirit-birit dan mereka muntah-muntah serta mereka boleh maut dengan jika tidak mendapat rawatan dengan cepat," kata Huck.
Katanya, doktor masih menunggu keputusan makmal untuk mengenal pasti wabak itu.
Presiden Persatuan Perubatan Haiti, Claude Surena berkata, punca wabak tersebut mungkin kolera namun ia belum disahkan oleh kerajaan.
"Apa yang dirisaukan ialah ia boleh merebak dari satu tempat ke tempat yang lain dan ia boleh menjejaskan ramai orang atau merebak dari satu kawasan ke kawasan yang lain," katanya.
Kolera merupakan satu jangkitan bakteria bawaan air yang merebak melalui air yang dicemari. Ia menyebabkan cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang boleh membawa kepada penyahidratan serta maut dalam tempoh beberapa jam. - AP

No comments: