YANGON - Pemimpin parti Liga Demokrasi bagi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi, semalam menggesa kerajaan menggubal undang-undang yang melindungi hak kumpulan etnik minoriti di negara itu dalam ucapan pertamanya di Parlimen.
Suu Kyi berkata, untuk menjadi sebuah kesatuan demokratik yang mengamalkan hak sama rata dan menghormati orang lain, kerajaan perlu mengambil perhatian terhadap hak diperjuangkan oleh kumpulan etnik sebelum ini.
Difahamkan, cadangan itu dikemukakan susulan daripada keganasan etnik di barat Rakhine pada bulan lalu yang telah meragut puluhan nyawa manakala puluhan ribu lagi kehilangan tempat tinggal.
No comments:
Post a Comment