Pages

Thursday, June 16, 2011

Dr. Noor Azam tangguh tunang



NOOR AZAM ditemani ibunya, Natrah Shaari membaca kisah yang disiarkan akhbar Kosmo! di rumah mereka di Taman Bunga Raya, Jitra semalam.


JITRA – Doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini, Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, yang hilang selama 26 hari didakwa akibat dipukau tidak merancang untuk melangsungkan majlis pertunangan dengan gadis pilihan hatinya dalam masa terdekat.
Menurut Noor Azam, dia perlu menyelesaikan urusan untuk menyambung semula latihan perubatan di HSB yang tertangguh hampir sebulan iaitu sejak dia dilaporkan hilang pada 16 Mei lalu.
“Saya tidak fikir lagi (bertunang) kerana mahu selesaikan terlebih dahulu urusan kerjaya saya dan apabila ia sudah stabil mungkin tarikh pertunangan akan ditetapkan pada masa yang difikirkan sesuai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini semalam.
Noor Azam ditemui di pusat beli-belah Berjaya Megamall di Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu iaitu pada hari dia sepatutnya melangsungkan pertunangan dengan seorang gadis yang juga seorang doktor pelatih HSB.
Sejak ditemui pada Sabtu lalu, kata doktor itu, dia juga belum berkesempatan untuk menemui bakal tunangnya.
“Bakal tunang saya sibuk dengan tugasnya di hospital dan kami hanya berhubung melalui telefon untuk bertanyakan khabar dan dia juga berharap agar peristiwa pahit yang berlaku pada diri saya tidak berulang,” ujarnya.
Noor Azam bagaimanapun enggan mendedahkan identiti bakal tunangnya itu.
Kosmo! Online - Negara

No comments: