MADRID, Sepanyol - Beratus-ratus ekor kuda liar ditangkap, dibersihkan dan bulu ekor haiwan tersebut dipotong dalam festival tradisional dikenali sebagai Rapa Das Bestas.
Acara berkenaan yang jatuh pada hujung minggu pertama setiap Julai, disambut oleh penduduk kampung di kawasan Galicia, barat daya Sepanyol.
Diraikan sejak lebih 400 tahun dahulu, Rapa Das Bestas atau "menjinakkan haiwan liar" menyaksikan pemuda-pemuda menangkap dan menjatuhkan kuda liar dengan tangan kosong.
Mereka kemudian akan membersihkan kuda itu dan memotong bulu haiwan tersebut.
Festival berkenaan yang menjadi tumpuan pelancong asing berlangsung selama tiga hari. - REUTERS
No comments:
Post a Comment