Pages

Monday, July 9, 2012

Puteri Saudi pohon perlindungan di Britain

myMetro | Puteri Saudi pohon perlindungan di Britain:
"RIYADH: Puteri Sara Talal dari Arab Saudi dilaporkan mencari perlindungan politik di Britain selepas “mengalami penderaan fizikal dan mental” daripada pihak berkuasa negaranya.

“Aset saya juga dibekukan,” katanya dalam temu bual dengan akhbar The Sunday Telegraph di sebuah lokasi rahsia di Britain, semalam. Menurut Sara, 38, ketika berada di luar Kedutaan Arab Saudi di London, seorang kakitangan pejabat itu menyerang dan cuba menyambar lengannya. “Saya kini ketakutan. Arab Saudi tahu saya tak boleh pulang dan ia sangat memalukan mereka,” katanya. Sebelum ini, Sara memohon untuk berada di Britain lebih lama tetapi ditolak kedutaan Arab Saudi. Kelmarin, peguam memaklumkan keinginan Sara mendapat perlindungan politik kepada Pejabat Dalam Negeri Britain. - GN"

'via Blog this'

No comments: