Pages

Monday, July 9, 2012

Liberal dahului pilihan raya Parlimen Libya

Liberal dahului pilihan raya Parlimen Libya:

Kakitangan suruhanjaya pilihan raya mengira undi di sebuah pusat pengiraan di bandar Benghazi, Libya, kelmarin. - AFP
TRIPOLI 8 Julai - Seorang pemimpin parti Islam utama Libya hari ini menyatakan pesaing mereka iaitu Parti Perikatan Liberal mendahului dalam pilihan raya Parlimen pertama sejak bekas pemimpin, Muammar Gaddafi digulingkan.
Ketua Parti Keadilan dan Pembinaan, Mohammed Sawan berkata, Perikatan Barisan Nasional mencapai keputusan baik di beberapa bandar utama kecuali Misrata selain mendahului di Tripoli dan Benghazi.
"Bagaimanapun, saingan sengit berlaku antara kami di wilayah selatan Libya,'' katanya.
Penduduk Libya semalam mengundi bagi memilih 200 anggota Parlimen yang akan mentadbir negara bagi tempoh peralihan selepas Gaddafi digulingkan pada tahun lepas.
Sebanyak 80 kerusi Kongres Agung Nasional disediakan untuk entiti politik manakala 120 kerusi lagi disediakan untuk calon individu.
Bagaimanapun, beberapa calon individu secara terbuka dilihat bersekutu dengan parti-parti tertentu.
Bagi pertandingan parti, Perikatan Barisan Nasional yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Mahmud Jibril dilihat sebagai pesaing liberal utama yang menghadapi cabaran dari dua parti Islam iaitu Parti Keadilan dan Pembinaan serta al-Wattan.
Undian pilihan Parlimen tersebut masih dikira oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Libya dengan keputusan awal dijangka diumumkan dalam tempoh 48 jam. - AFP

'via Blog this'

No comments: