Pages

Monday, July 9, 2012

Annan bawa misi baru temu Presiden Syria hari ini

Annan bawa misi baru temu Presiden Syria hari ini - Global - Sinar Harian:

Annan bawa misi baru temu Presiden Syria hari ini
Kofi Annan mengadakan pertemuan dengan Bashar al-Assad di Damsyik Mac lalu. Pertemuan susulan berlangsung hari ini.
BEIRUT - Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Kofi Annan dijadual akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad bagi menyelesaikan krisis yang berlarutan lebih 16 bulan.
Annan telah mengadakan pertemuan dengan Bashar pada pertengahan Mac lalu bagi membincangkan pelan damai enam perkara.
Pertemuan susulan ini diadakan selepas Annan sendiri mengakui pelan damainya menemui kegagalan.
Semalam, Bashar menuduh Amerika Syarikat (AS) memberi sokongan politik kepada "pengganas" bagi menjejaskan kestabilan negara itu.
Selain itu, Bashar juga mendakwa Arab Saudi, Qatar dan Turki membekalkan puak pemberontak senjata selain memberi sokongan dalam bentuk yang lain.
Annan tiba di hotel Dama Rose di Damsyik semalam.
Hotel itu juga merupakan tempat tinggal bagi pemantau-pemantau PBB, yang telah pun menggantung operasi mereka ekoran peningkatan keganasan secara mendadak sejak sebulan lalu.
Dalam satu temu bual TV yang disiarkan semalam, Bashar berkata, pelan damai enam perkara diusahakan oleh Annan "sangat bagus" tetapi diperlekehkan oleh beberapa negara termasuk AS.
"Halangan terbesar ialah banyak negara tidak mahu pelan ini berjaya, jadi mereka menawarkan sokongan politik dan terus menyediakan pengganas dengan bekalan senjata dan wang," kata beliau kepada penyiar dari Jerman, ARD.

'via Blog this'

No comments: