Pages

Monday, July 9, 2012

Aleppo dibedil tentera Syria

Aleppo dibedil tentera Syria - Global - Sinar Harian:

Serangan di sempadan dua negara itu meragut dua nyawa orang awam.
Serangan di sempadan dua negara itu meragut dua nyawa orang awam.
TRIPOLI - Tentera kerajaan Syria bertindak menyerang beberapa bandar dalam wilayah utara Aleppo susulan berlakunya konflik di Lubnan dan wakil pembangkang di Perancis yang mengalu-alukan pembelotan seorang jeneral yang rapat dengan Presiden Bashar Al-Assad.

"Tentera rejim cuba untuk mendapatkan semula kawalan ke atas Aleppo yang mana sebelum ini mereka berhadapan dengan korban besar selepas sebulan pemberontakan ," kata pemerhati kemanusiaan Syria yang mengesahkan seramai 19 orang terbunuh di seluruh negara pada Sabtu lalu.

Di Lubnan, serangan peluru roket dari Syria dan tembakan berpeluru melalui seberang sempadan menyebabkan dua wanita terkorban serta sembilan yang lain cedera.

Seorang pegawai tempatan mengesahkan, pertempuran di antara tentera Syria dan pemberontak di sempadan dalam Lubnan.

Pemberontak Syria dan ahli-ahli politik berhaluan kiri dalam dan luar negara masih terus mengumpul maklumat mengenai pembelotan seorang komander dalam Republican Guard, Brigadier General Manaf Tlas dan sahabat karib Assad yang dilaporkan meninggalkan negara itu minggu lalu.

Insiden serangan di sepanjang sempadan Lubnan-Syria adalah pertempuran paling berbahaya di kawasan itu sejak pemberontakan terhadap Assad berlaku hampir  16 bulan.

'via Blog this'

No comments: