Pages

Monday, July 9, 2012

BAGAIMANA UNTUK MEMBINA TAQWA DALAM DIRI


Bagi memastikan TAQWA berjaya terbina di dalam diri setiap mukmin, perlulah diwujudkan beberapa keadaan berikut:

1. Mu’ahadah – mengingati perjanjian. (Q. S. 16:9)

Seseorang mukmin perlu selalu berkhalwat (menyendiri/hanya antara dia dan Allah), untuk menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah. Ingatlah setiap hari paling minima kita berjanji sebanyak 17 kali dalam solat-solat fardhu sebanyak lima waktu; “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah”.

2. Muraqabatullah – merasakan pengawasan Allah. (Q. S. 26: 218-219)

Merasakan Allah sentiasa bersama, melihat dan mengawasi setiap pergerakan hamba-hambaNya dalam sembunyi maupun terang-terangan.Oleh itu, setiap kali seorang mukmin ingin melakukan apa jua perkara mestilah dipastikan samaada perlakuan itu semata-mata kerana Allah, atau sebaliknya kerana kepentingan pribadi dan memperoleh pujian manusia.

3. Muhasabah – koreksi diri. (Q. S. 59:18)

Setiap mukmin hendaklah menghisab/menghitung selepas selesai mengerjakan apa jua amal perbuatan, samada perlakuannya semata-mata untuk beroleh redha Allah atau dikuasai rasa riya’dan takabbur.

4. Mu’aqabah – menebus dan membersihkan kesalahan. (Q. S. 2:197)

Setiap kali diri mukmin tergelincir melakukan kesalahan, bersegeralah pula memperbaiki diri dan menebus kesilapan. Usah dibiarkan bertompoknya kesalahan demi kesalahan hingga terperangkap dalam dosa yang menyukarkannya membersihkan maruah diri.

5. Mujahadah – bersungguh-sungguh berjihad untuk beroleh keredhaan Allah, terutama melawan hawa nafsu sendiri. (Q. S. 29:69)

Bilamana seseorang mukmin dikuasai kemalasan, suka istirehat, cinta dunia dan tidak lagi melaksanakan tanggungjawab dan perintah Allah tepat pada waktunya, mestilah memaksa diri melakukan segala bentuk amalan lebih banyak dari sebelumnya.
 —

No comments: