Pages

Monday, July 9, 2012

Jerung putih ditemui di lokasi filem Jaws



GAMBAR pada 4 Julai 2010 menunjukkan seekor jerung putih besar menerkam umpan anjing laut tiruan dekat Teluk False Afrika Selatan.


BOSTON - Sekurang-kurangnya dua ekor jerung putih dilihat tidak jauh dari kawasan penggambaran filem ikan pemangsa berkenaan, Jaws, di perairan bandar Chatham, Pantai Timur Amerika Syarikat (AS).
Berita tersebut menyebabkan seorang pegawai mengeluarkan amaran waspada kepada orang ramai di samping mendorong ramai pelancong berkunjung ke lokasi berkenaan untuk melihat ikan ganas itu.
Perkembangan tersebut turut mendorong pihak pentadbiran bandar Chatham melarang pengunjung berenang dalam lingkungan 100 meter daripada anjing laut.
Haiwan tersebut merupakan makanan kegemaran jerung putih.
Bandar Chatham terletak di pusat peranginan Teluk Cod
"Pada masa ini, kami tidak akan menutup keseluruhan kawasan pantai kepada orang ramai tetapi kami menasihatkan mereka supaya tidak leka ketika berada di laut dan tidak berenang terlalu jauh dari pantai," kata pegawai tempatan, Stuart Smith.
Sebelum ini, sebuah kumpulan penyelidikan jerung tempatan, Cape Cod Shark Hunters memberitahu, pihaknya melihat dua jerung putih di pantai itu pada 3 Julai lalu.
Beberapa gambar yang diperoleh menunjukkan seekor jerung berkenaan memiliki panjang lebih lima meter. - AFP

No comments: