Pages

Monday, July 9, 2012

Banjir di Rusia ragut 150 korban

Banjir di Rusia ragut 150 korban:

Banjir kilat menenggelamkan sebahagian besar bandar Krymsk, di wilayah Krasdonar, selatan Rusia, semalam. - AFP
KRYMSK 8 Julai - Angka kematian akibat banjir kilat di wilayah Krasnodar, selatan Rusia meningkat kepada 150 orang hari ini selepas pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat.
Dalam kejadian malam semalam, banjir kilat melanda sekitar Krymsk, bandar didiami lebih 57,000 penduduk yang terletak kira-kira 200 kilometer ke barat laut pusat peranginan Black Sea di Sochi.
Seorang jurucakap pasukan penyelamat polis yang enggan dikenali berkata, sebanyak 130 mayat ditemui di Krymsk manakala 11 lagi ditemui di bandar Gelendzhik dan bandar Novorossiisk.
Kementerian Kecemasan melaporkan, hampir 2,000 penduduk terjejas akibat bekalan elektrik terputus di seluruh wilayah tersebut.
Pihak berkuasa berkata, bencana kali ini tidak dijangka walaupun kejadian banjir kilat sering melanda bandar-bandar yang terletak di pesisiran Black Sea semasa musim hujan di kawasan pergunungan Caucasus.
Pegawai menjelaskan, kebanyakan kematian berpunca akibat banjir yang berlaku ketika mangsa sedang tidur.
Presiden Vladimir Putin turut bergegas ke wilayah itu semalam untuk melihat sendiri kawasan bencana. - AFP

'via Blog this'

No comments: