Pages

Thursday, April 12, 2012

Cacat teruk selepas muka terbakar

BEIJING: Seorang kanak-kanak lelaki cacat teruk akibat melecur kerana disambar api.
Wang Xiaopeng kini hampir tidak mempunyai muka akibat kejadian yang menimpanya dua tahun lalu.
Kanak-kanak berusia enam tahun itu melecur apabila cuba membakar longgokan jerami jagung menggunakan pemetik api rokok.

Tetapi api yang marak dengan cepat, membakarnya.


Wang yang berasal dari Yinchuan di wilayah Ningxia, kehilangan rambut, bibir, kelopak mata dan jari akibat kejadian itu.

Dia tidak ke sekolah kerana tiada sekolah yang mahu menerimanya dan dia hanya mempunyai beberapa kawan yang sudah biasa melihat keadaan wajahnya itu.

Keluarga Wang membelanjakan semua wang simpanan mereka, hampir RM72,900, untuk membayar bil hospital bagi menyelamatkannya.

Mereka terpaksa berhenti merawatnya kerana kehabisan wang.

Ibu bapa Wang telah menjual rumah mereka dan kini tinggal di tanah kecil seluas 0.2 hektar. - Agensi

No comments: