Pages

Thursday, February 2, 2012

Warga emas didakwa perkosa anak tiri


JOHOR BAHRU 1 Feb. - Seorang warga emas berusia 64 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memperkosa anak tirinya yang berusia 12 tahun di sebuah rumah di Taman Melawati, di sini bulan lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa di rumah berkenaan kira-kira pukul 2.15 pagi, 18 Januari lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd. Jaafar, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Afifuddin Hafifi.

Terdahulu, Dzul Iswari tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh atas alasan pertuduhan tersebut adalah serius dan tertuduh masih tinggal serumah dengan mangsa.

Bagaimanapun, Afifuddin memohon anak guamnya diikat jamin dengan alasan tertuduh mempunyai masalah kesihatan dan menghidap penyakit kencing manis, buah pinggang serta gout yang memerlukan rawatan susulan.

Hakim Mohd. Haidar Abdul Aziz kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan kes tersebut.Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

No comments: