Pages

Thursday, February 2, 2012

Ular sawa kenyang ditangkap



ANGGOTA JPAM menunjukkan ular sawa yang ditangkap di sebuah kebun getah di Felda Kepis, Kuala Pilah semalam.


KUALA PILAH - Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah ini berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter selepas ia gagal meloloskan diri akibat terlalu kenyang di ladang getah Felda Kepis, dekat sini semalam.

Reptilia seberat 130 kilogram itu ditemui dalam keadaan tidak bergerak selepas membaham mangsanya yang tidak diketahui.

Ketua Operasi JPAM daerah, Khairul Anuar Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.45 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian bersama empat anggota.

Katanya, mereka mengambil masa 15 minit untuk menangkap ular tersebut berikutan reptilia itu berada di tempat sempit sehingga menyukarkan pergerakan anggota JPAM yang turut dibantu penduduk kampung berkenaan.

"Ketika ditangkap, ular berkenaan agak agresif. Kami juga percaya ular itu telah lama mendiami ladang tersebut berdasarkan tempat aliran keluar masuknya," katanya dengan menambah, reptilia itu terpaksa dibawa keluar menggunakan jengkaut disebabkan saiznya yang begitu besar.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments: