Pages

Thursday, February 2, 2012

Guru cabul 23 murid

LOS ANGELES: Seorang bekas guru ditahan kerana mengambil gambar beberapa murid yang ditutup mata dan mulut dengan lipas di muka dan sudu berisi air mani diletak ke mulut mereka, kata polis, semalam.

Mark Berndt, 61, yang mengajar lebih 30 tahun di sekolah rendah di timur bandar raya ini menghadapi pelbagai tuduhan melakukan perbuatan lucah ke atas puluhan murid, kata pendakwa raya. “Saya meluat dan takut dengan kelakuan Mark Berndt,” kata polis kesatuan sekolah Los Angeles, Superintendan John Deasy selepas 23 kes jenayah difailkan termasuk membabitkan kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun yang didera antara 2008 dan 2010. “Individu ini dan kelakuannya tidak menunjukkan kualiti guru yang bekerja keras mewakili murid di kesatuan sekolah Los Angeles.


Berndt dihentikan daripada tugas mengajar sebaik dakwaan itu dikemukakan pada Januari tahun lalu selepas lebih 40 gambar kanak-kanak di dalam kelas dengan mata dan mulut mereka ditutup dengan pita, dilaporkan oleh pemproses filem.

Berndt sama ada memeluk kanak-kanak terbabit atau tangannya menutup mulut mereka, lapor kenyataan Jabatan Polis Los Angeles.


Kenyataan itu melaporkan, sesetengah gambar itu “memotretkan murid perempuan dengan sudu plastik biru berisi cecair jernih disuapkan ke mulut mereka seolah-olah mereka akan menelannya,” lapor kenyataan itu. - AFPmyMetro | Guru cabul 23 murid:

'via Blog this'

No comments: