Pages

Thursday, February 2, 2012

Parlimen Mesir kecam tentera

PERDANA Menteri Kamal al-Ganzouri meninggalkan Parlimen selepas menghadiri sidang di Kaherah, semalam. - Foto EPA
PERDANA Menteri Kamal al-Ganzouri meninggalkan
 Parlimen selepas menghadiri sidang di Kaherah,
semalam. - Foto EPA
KAHERAH: Anggota Parlimen Mesir yang baru dipilih mengecam pemerintah tentera negara itu kelmarin dan menuduh mereka tidak mempedulikan norma demokratik selain melanggar batas kuasa dengan meluluskan undang-undang termasuk satu daripadanya membabitkan peraturan pilihan raya presiden.

Parlimen yang diketuai pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin, adalah yang pertama dipilih sejak kejatuhan Presiden Hosni Mubarak Februari tahun lalu.
Ia mahu segera mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada majlis tentera yang berkuasa selepas kejatuhan Mubarak dan kini bertanggungjawab menguruskan peralihan negara kepada pemerintahan awam. Ahli Parlimen Dr Mohammed el-Beltagy, seorang anggota Parti Kebebasan dan Keadilan Ikhwanul Muslimin, menggesa keputusan awam untuk secara sebulat suara meluluskan undang-undang pilihan raya bagi mengelak ketidakadilan dan berkata parlimen perlu menjelaskan bahawa ia adalah kuasa tunggal perundangan negara itu.

“Biarlah ia menjadi mesej jelas kepada jalanan Mesir bahawa parlimen menjadi satu-satunya pihak berkuasa perundangan yang tidak dicabar,” kata el-Beltagy kepada parlimen.

Beliau juga meminta parlimen mengkaji semula undang-undang dan meminda atau menolaknya mengikut kesesuaian.

Undang-undang yang dipersoalkan, dikeluarkan Majlis Agung Pasukan Bersenjata yang memerintah, menetapkan peraturan untuk pilihan raya presiden yang dijangka diadakan hujung tahun ini.
Pemerintah tentera menyiarkannya dalam akhbar rasmi Gazette pada 19 Januari lalu, beberapa hari sebelum parlimen bersidang.

Dalam sesi bekerja pertama parlimen, pembuat dasar juga berpeluang menyoal perdana menteri dilantik tentera negara itu mengenai bagaimana kerajaannya menguruskan sejumlah isu sensitif.

Antara perkara itu termasuk perbicaraan bekas pegawai rejim termasuk Mubarak dan pegawai keselamatan atasan didakwa dengan pembunuhan beratus penunjuk perasaan ketika pemberontakan popular tahun lalu. – Agensi Berita Harian Online | Parlimen Mesir kecam tentera:

'via Blog this'

No comments: