Pages

Thursday, February 2, 2012

Umat Islam AS tolak Syariah


WASHINGTON 1 Feb. - Masyarakat Islam di Amerika Utara lebih daripada berpuas hati dengan sistem perundangan sekular dan tidak mahu mahkamah mengguna pakai undang-undang syariah, menurut satu kajian baru.

Kajian oleh profesor undang-undang Universiti Windsor, Judy Macfarlane untuk Institut Polisi Sosial dan Kefahaman itu, bercanggah dengan dakwaan pengkritik yang menyatakan masyarakat Islam Amerika mahu undang-undang syariah dikuatkuasakan.

Malah, kajian tersebut juga mendapati penganut Islam tidak mahu menerima pelaksanaan undang-undang itu, sama seperti masyarakat bukan Islam.

Macfarlane menemuramah 212 penganut Islam Amerika termasuk 41 imam dan 70 ketua masyarakat yang menggunakan aspek undang-undang syariah dalam kehidupan seharian mereka.

Baki 101 responden yang lain merupakan lelaki dan wanita Islam yang telah bercerai. Kira-kira suku daripada responden berasal dari Kanada, sementara bakinya dari Amerika Syarikat (AS).

“Selain mematuhi ajaran agama yang lain, masyarakat Islam Amerika mengaitkan tanggungjawab syariah terutamanya melalui perkahwinan dan perceraian.

“Mereka melihat masalah melibatkan perkahwinan ini boleh diselesaikan dengan undang-undang sivil. Mereka memilih untuk ke mahkamah jika tidak dapat mencapai kata sepakat,” jelas kajian Macfarlane.

Dalam kajian tersebut, responden juga menyatakan undang-undang syariah tidak perlu dikuatkuasakan dalam sistem perundangan ke atas orang bukan Islam.

Hanya tiga daripada 41 imam bersetuju dengan cadangan mewujudkan tribunal syariah bagi mengendalikan kes-kes sivil seperti perkahwinan, perceraian dan pewarisan harta. – AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: