Pages

Thursday, February 2, 2012

Bungkusan anthrax dihantar kepada PM Pakistan

ISLAMABAD: Polis Pakistan semalam berkata mereka sedang menyiasat bagaimana dan mengapa sebuah bungkusan mengandungi anthrax dihantar kepada kediaman rasmi perdana menteri di bandar raya ini bulan lalu.

Ia adalah kes pertama anthrax dihantar kepada pejabat kerajaan di Pakistan dilaporkan, negara bersenjata nuklear yang dihuni 174 juta penduduk yang menentang kumpulan Taliban dan di mana pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden ditembak mati. “Bungkusan mengandungi serbuk anthrax dihantar kira-kira 20 hari lalu. Ujian makmal mengesahkan bungkusan itu mengandungi anthrax dan didaftarkan sebagai kes terhadap individu tidak dikenali,” kata pegawai polis, Hakim Khan. Bungkusan itu dihantar dari daerah Jamshuru di wilayah selatan Sindh, di mana ibu negerinya Karachi menjadi pelabuhan digunakan Amerika Syarikat untuk membekalkan kelengkapan kepada askar di Afghanistan. - AFPmyMetro | Bungkusan anthrax dihantar kepada PM Pakistan:

'via Blog this'

No comments: