Pages

Thursday, February 2, 2012

Aquino akui jalin hubungan dengan Grace Lee



Benigno Aquino dan Grace Lee bergambar bersama selepas sesi wawancara di Istana Malacanang, Manila, Disember lalu. - AGENSI


MANILA 1 Feb. - Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang masih bujang hari ini mengaku sedang menjalin hubungan dengan selebriti berasal dari Korea Selatan, Grace Lee selepas tercetus khabar angin berhubung perkara itu di media tempatan.

Spekulasi hubungan cinta Presiden tersebut yang bakal mencecah usia 52 tahun pada 8 Februari ini menjadi topik hangat di media tempatan dan umum sejak beliau dipilih sebagai pemimpin Filipina pada 2010.

"Kami saling bertemu antara satu sama lain," katanya kepada media ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Lee, 30 tahun.

Aquino pertama kali bertemu Lee di Cebu, di mana Presiden dilapor berkata, hos program Kapuso itu sebagai 'guwapa' atau cantik.

Mereka bertemua lagi di Istana Malacanang pada Disember lalu apabila Lee diberi peluang mewawancara Aquino.

Aquino yang sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan beberapa wanita, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya.

Pada tahun lepas, pemimpin itu melahirkan rasa sedih berhubung kisah cintanya yang sering tidak kesampaian sekali gus menjadi perhatian media. - DPAUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: