KOTA KINABALU 21 Dis. - Kesemua jenazah tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 8.9 Jalan Tamparuli-Ranau di Tuaran semalam, telah dibawa pulang ke Brunei hari ini.
'via Blog this'
Mangsa dibawa pulang dengan pesawat khas Tentera Udara Diraja Brunei yang dihantar oleh kerajaan Brunei pagi tadi.
Selain itu seramai 13 mangsa yang mengalami kecederaan ringan turut dibawa pulang oleh pesawat khas jenis Airbus 320 itu.
Pesawat yang berlepas pulang pada pukul 12.30 tengah hari dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) itu turut diiringi oleh Menteri Kewangan Dua Brunei, Pehin Orang Kaya Laila Setia, Datuk Seri Setia Abdul Rahman Ibrahim dan Pemangku Menteri Kesihatan Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja, Datuk Paduka Hazair Abdullah.
Konsul Brunei di Sabah, Daud Tahir berkata, secara keseluruhan terdapat 20 mangsa masih dirawat di negeri ini dan akan dibawa pulang ke Brunei secara berperingkat.
Menurut beliau, pada petang ini sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Brunei dijadual membawa pulang sembilan daripada mangsa itu yang mengalami kecederaan serius.
"Tiga orang lagi yang kritikal dan ditempatkan di Pusat Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth juga akan dihantar pulang selepas keadaan mereka stabil.
"Bagaimanapun seorang pembantu pemandu yang mengalami kecederaan serius tidak dapat dipastikan kerana masih perlu disoal siasat oleh pihak polis," katanya ketika ditemui di KKIA di sini hari ini.
Sementara itu, Panglima 5 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal berkata, bantuan yang diberikan oleh Kem Lok Kawi bagi menguruskan jenazah mangsa menunjukkan keakraban antara Malaysia dan Brunei.
"Selepas mengenal pasti kesemua mangsa yang meninggal dunia awal pagi tadi, kita siap menguruskan jenazah mangsa pada pukul 10 pagi sebelum dihantar ke Terminal 2 KKIA," ujarnya.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment