Pages

Thursday, December 22, 2011

Puluhan mayat pelarian bot karam ditemui

BANYUWANGI: Pasukan penyelamat Indonesia semalam menemui puluhan mayat yang sudah menggelembung dan reput, penumpang bot yang karam ketika dalam pelayaran ke Australia Sabtu lalu.

Sekurang-kurangnya 47 penumpang berjaya diselamatkan selepas bot yang mempunyai kapasiti 100 orang itu diisi dengan 250 pencari suaka politik, kebanyakannya pendatang warga Afghanistan dan Iran, karam kira-kira 64 kilometer dari pantai Jawa Timur.

“Pasukan menyelamat membawa 30 mayat ke pantai sementara 10 lagi dibawa oleh kapal tentera laut,” kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Jawa Timur, Sutrisno.

“Banyak lagi mayat yang terapung di permukaan air. Kami tidak dapat beritahu jumlah sebenar.


“Kami menemui mayat itu terapung di laut berhampiran daerah Banyuwangi, 320 kilometer dari tempat bot itu karam Sabtu lalu,” katanya.


Seorang wartawan AFP berkata, sekurang-kurangnya satu mayat yang dibawa ke pantai ialah kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun.

Anggota penyelamat berkata, sebahagian mayat itu terlalu reput hinggakan anggota tubuhnya tercabut ketika ditarik.

Tiga puluh empat pendatang diselamatkan dari perairan yang penuh dengan ikan jerung oleh nelayan pada hari kejadian sementara 13 yang lain ditemui terapung dalam bot getah Isnin lalu. - AFP

myMetro | Puluhan mayat pelarian bot karam ditemui:

'via Blog this'

No comments: