Pages

Friday, July 9, 2010

Pengantin paling malang di Britain


15/7
DURHAM – Sepasang kekasih di sini menempuh pelbagai kesukaran sebelum hari perkahwinan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu, Kenneth dan Karen Porter itu turut digelar sebagai pasangan pengantin paling malang di Britain.
Nasib malang pasangan itu bermula apabila sebuah syarikat penerbangan dan hotel yang menerima tempahan percutian bulan madu mereka di Greece muflis.
Mereka kemudian kehilangan deposit 154 (RM886) apabila kedai yang membuat baju pengapit pengantin turut mengalami nasib yang sama.
Pasangan itu terpaksa berputih mata apabila gaun perkahwinan mereka hilang setelah kedai yang menerima tempahan mereka dimasuki pencuri.
Hotel County Durham yang ditempah untuk menjadi lokasi majlis perkahwinan mereka turut muflis menyebabkan wang deposit Kenneth sebanyak 300 (RM1,730) lesap.
Mereka kemudian membeli dua tiket untuk menyaksikan konsert Michael Jackson tetapi impian itu berkecai dengan kematiannya pada 25 Jun lalu.
“Malang datang bertimpa-timpa. Tahun ini merupakan tahun yang sukar buat kami,” kata Karen.
Pada masa yang sama, rancangan mereka untuk menonton konsert kumpulan Oasis turut tidak kesampaian selepas Karen terpaksa menjalani pembedahan kaki.
Namun, sejak mereka berkahwin hampir dua minggu lalu, nasib mereka semakin pulih dengan tidak mengalami sebarang masalah ketika berbulan madu. – Agensi

No comments: