Pages

Thursday, December 22, 2011

3 bulan tidur kepala ke bawah untuk dapat anak

COVENTRY: Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil sehingga menyebabkan dia berulang kali mengalami keguguran, akhirnya melahirkan anak selepas baring dengan kepala di bawah dan kaki di atas selama tiga bulan.

Ketika hamil lima bulan, Donna Kelly, 29, diberitahu, kandungannya hanya satu inci dari bahagian atas serviksnya dan ia terdedah kepada keguguran.


Doktor menasihatinya baring di atas katil yang kepala direndahkan 45 darjah bagi mengurangkan tekanan.

Donna terpaksa berada di atas katil itu sepanjang hari, dan bangun hanya untuk ke tandas.


Donna yang kemudian melahirkan anak, Amelia, berkata: “Pada mulanya ia membuat saya sakit dan saya mengalami pening kepala yang amat sangat. “Tetapi selepas beberapa hari, tubuh saya sudah boleh menerimanya dan saya sudah biasa dengan keadaan itu.


“Saya menggunakan beberapa bantal dan penghadang sekeliling katil itu menghalang saya daripada jatuh.

“Saya terpaksa mengiring untuk makan dan ini menyebabkan saya selalu mengalami kebas pada sebelah tangan selepas setiap kali makan,” katanya.


Donna yang berasal dari Coventry mengalami masalah kelemahan serviks sejak melahirkan anaknya yang pertama, Joshua, kini berusia empat tahun.

Dia mengalami dua keguguran selepas itu, pertama pada minggu ke 19 dan kemudian pada minggu ke 23. - Agensi

myMetro | 3 bulan tidur kepala ke bawah untuk dapat anak:

'via Blog this'

No comments: