Pages

Thursday, December 22, 2011

Majlis Keselamatan kecam Israel

GENEVA 21 Dis. - Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) semalam mengetuai kecaman oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap pertambahan penempatan haram Israel di wilayah jajahannya di Palestin.
Britain, Perancis, Jerman dan Portugal turut mengecam peningkatan serangan oleh penghuni penempatan haram itu terhadap penduduk Palestin.
Negara-negara EU itu dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat berhubung konflik Asia Barat berkata, mereka 'terkejut dengan peningkatan negatif' yang mengancam proses damai yang diusahakan.
Keempat-empat negara yang merupakan anggota Majlis Keselamatan itu menggesa tindakan tegas diambil oleh Israel untuk menghentikan serangan ke atas masjid dan penduduk Palestin oleh pelampau penghuni penempatan haram.
Menurut mereka, pengumuman Israel meneruskan pembinaan penempatan haram merupakan satu mesej 'membinasakan' dan menggesa rejim Zionis itu menarik balik rancangan mereka itu.
"Proses damai yang menjamin keamanan jangka panjang terancam dengan peningkatan penempatan haram.
"Kami turut mengutuk kekacauan yang semakin buruk ditimbulkan oleh penghuni penempatan tersebut termasuk pembakaran masjid di barat Baitulmaqdis dan dan masjid Burqa di Tebing Barat," kata duta Britain ke PBB, Mark Lyall Grant.
Afrika Selatan, India dan Brazil membuat kecaman mereka sendiri, manakala duta Rusia ke PBB mempersoalkan sama ada penyelesaian dua negara kepada konflik Israel-Palestin kini adalah munasabah. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: